Keistimewaan Dan Manfaat Bunga Tulip

Keistimewaan Dan Manfaat Bunga Tulip
Ilustrasi
Rabu, 12 April 2017 08:58 WIB
Tahukah anda tentang bunga tulip? Bunga tulip merupakan bunga yang berasal daripada negara beriklim sejuk yang lebih dikenali seperti Kanada, Belanda dan Kazakhstan.Bunga ini juga tergolong dalam keluarga liliceae. Tulip adalah salah satu bunga yang paling dikenal dan dicintai dan bentuknyayang khas dengan makna yang beraneka.

Tulip memiliki pelbagai warna seperti kuning, ungu, merah, merah muda, oren dan putih. Setiap warna yang dimiliki oleh bunga mempunyai maksud yang tertentu. Tulip merah dapat dikaitkan dengan cinta sejati, warna ungu melambangkan keanggunan, kuning melambangkan pemikiran yang ceria dan tenang manakala warna putih menggambarkan kerendahan dan kesucian hati kita.

Selain daripada itu, bunga tulip mempunyai keistimewaan sendiri. Bunga ini biasanya tumbuh di satu batang saja. Bentuk bunga ini adalah menyerupai bentuk cawan. Memiliki tiga sepal dan tiga kelopak dan mempunyai warna yang menarik dan cerah. Seterusnya, bunga tulip ini mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Di sini saya akan senaraikan manfaatnya kepada kesihatan kita :

Ads
1. Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi

2. Dapat melancarkan peredaran darah

3. Dapat membunuh parasit dalam darah

4. Dapat mengatasi anemia dalam badan

5. Dapat mengubati sakit punggung

Begitulah manfaatnya bunga tulip kepada kita manusia walaupun bunga tersebut nampak simple dan sederhana.

 
 
Editor:Yovi Ansari
Sumber:Berbagai Sumber
Kategori:Ragam
wwwwww